My First Winning Malay Article in Pa & Ma

Thursday, December 03, 2015 0 Comments A+ a-

Ragam Bersalin
Setiap kali aku merenung muka comel anak aku, mula terlintas dalam fikiranku bagaimana perasaan mengandung dalam 9bulan telah mengubah sikap aku menjadi seorang ibu yang penuh kesabaran dan lemah lembut..Aku berasa gembira setiap kali anak aku menendang seakan akan dia ingin bermain ‘kick boxing’ dengan aku.Tetapi, aku sering kali memikirkan soalan negatif misalnya bimbang jika tali pusat akan memutar lehernya, adakah dia selamat di dalam rahim and sebagainya.

Aku mengalami sakit perut pada waktu malam dua minggu awal sebelum tarikh jangkaan.Tidur tak lena dan aku dapat merasakan puteri aku sudah sedia untuk melihat dunia ini.Aku tahan sampai pukul 5.30pagi.Tiba-tiba aku lihat darah setompok seperti duit syiling 50 sen.Aku jerit sekejap dan panik.Fikiran aku bercelaru.Patutkah terus ke hospital?Apa yang perlu di kemas ? Patutkah aku mandi dulu?.Muka aku nampak pucat.Suami tenang sahaja.Pelik pulak melihat kerenahnya.Mak mertua menasihatiku pergi ke hospital pukul 10pagi.

Tiada tanda kontraksi.Aku hanya duduk di wad menunggu doctor.Setelah 3 jam,mereka memberitahu aku bahawa aku perlu menunggu lagi kerana bukaan masih 1cm.Begitu letih menunggu.Suami duduk di sebelah memainkan music classic. Tiba tiba kontraksi begitu kerap.Sudah masanya aku boleh ke wad bersalin.Berdebar-debar perasaan aku.Aku cuba untuk bertenang buat seketika.Mereka memecahkan air kubahan aku kerana bukaan masih kecil.Pedih sangat bagai dicucuk alat tajam dan mengerikan.

.Aku menggunakan peralatan oksigen untuk mengurangkan perasaan kontraksi.Tiba-tiba aku panik and bilik wad gelap gelita Aku tidah dapat melihat seorang pun di dalam bilik bersalin.Aku rasa aku telah pitam..Aku menjerit sekuat mungkin. Seakan akan tidak dapat bernafas juga .Jururawat marah dengan aku kerana aku menjerit kuat.Suami aku memang bengang kerana tali oksigen itu putus dan jururawat tidak mengetahuinya.Memang menakutkan.

Setelah 3 jam, akhirnya puteriku selamat dilahirkan.Aku dan suami berasa terharu sekali mendengar tangisan lembutnya. Doktor memberi ubat bius dan suntikan pada peha aku untuk membuat jahitan..Tapi tidak ku rasa pedih atau sakit pun.Dalam minda aku, aku hanya ingin mendukung puteriku. 15 May 2010, hari yang paling bermakna buat suami dan akuSuami tersenyum lebar melihatku.